Apa itu personaliti?
Istilah personaliti berasal dari kata latin “persona” yang berarti topeng iaitu penutup muka yang sering dipakai oleh pelakon-pelakon panggung, yang maksudnya untuk menggambarkan perilaku, watak, atau peribadi seseorang.
Selain itu, personaliti juga merupakan sifat dan tingkah laku khas seseorang yang membezakannya dengan orang lain; integrasi karakteristik dari struktur-struktur, pola tingkah laku, minat, pendirian, kemampuan dan potensi yang dimiliki seseorang; segala sesuatu mengenai diri seseorang sebagaimana diketahui oleh orang lain.
Pembentukan personaliti
Personaliti juga merangkumi pelbagai aspek seperti:
- Perangai
- Kecerdasan
- Sentimen
- Sikap
- Minat
- Kepercayaan
- Cita-cita
- Nilai-nilai
Personaliti seseorang individu dipengaruhi oleh kecenderungan untuk bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu.
Lima ciri utama personaliti:
(O) OPENESS - Mempunyai sikap terbuka
(C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
(E) EXTRAVERSION - Bersifat sosial (suka bergaul)
(A) AGREEABLE – Mudah untuk mencapai persetujuan
(N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)
#1– (O) OPENESS
Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempunyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru.
Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya.
Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.
#2 – (C) CONSCIENTIOUSNESS
Mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.
#3 – (E) EXTRAVERSION
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going”, penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri.
Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif.
#4 – AGREEABLE
Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya.Individu dalam personaliti ini mempunyai nilai yang tinggi dalam menghargai perhubungan diantara orang ramai.
#5 (N) NEUROTICISM
Personaliti ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. Mereka yang memiliki tahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik.
Sebagai contoh, seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosi-emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga.
No comments:
Post a Comment
Kami Sedia Menerima Teguran & Pandangan