1. Anak pertama
- Mempunyai tahap kepintaran yang tinggi.
- Mempunyai kemahiran lisan yang tinggi (petah berkata-kata)
- Cenderung untuk boleh dipercayai
- Teratur dalam urusan yang diberikan.
- Seorang yang bertanggungjawab
- Berkelakuan yang baik dan mudah berkerjasama
- Mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi
- Seorang yang mudah berdikari
- Menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.
- Prestasi akademik yang baik.
Walau bagaimanapun, apabila adik-beradik yang
dilahirkan, anak sulung akan lebih cenderung untuk menunjukkan tingkahlaku
seperti diabaikan, marah, cemburu, dan penakut
adalah sebagai tindak balas
tindakan ibubaa yang mengurangkan peranan istimewa yang dimiliki oleh mereka
sebagai anak tunggal.
Semakin tinggi kejayaan yang dicapai oleh anak
sulung maka semakin besar kemungkinan perbezaan aliran yang bertentangan yang akan dibawa oleh anak kedua
dengan anak sulung yang biasanya berkelakuan
baik serta berorientasikan pencapaian.
2. Anak kedua
· Rasa
tertekan untuk mencapai kejayaan dan
pencapaian seperti anak sulung.
Anak
kedua menyedari bahawa mereka tidak boleh mengalahkan kejayaan yang dicapai
oleh anak sulung dari aspek:
Akademik
Kempimpinan
Pencapaian
Akademik
Semakin tinggi kejayaan yang dicapai oleh anak
sulung maka semakin besar kemungkinan perbezaan aliran yang bertentangan yang akan dibawa oleh anak kedua
dengan anak sulung yang biasanya berkelakuan
baik serta berorientasikan pencapaian.
3. Anak tengah
Sesetengah anak tengah
berasa dihimpit antara anak sulung yang
lebih tua yang telah menemui posisi dan peranan mereka manakala anak bongsu
yang seolah-olah menerima kasih sayang dan perhatian yang lebih daripada ibu
bapa.
Dengan galakan yang positif atau positive parenting oleh ibu bapa anak
tengah akan dapat menunjukkan:
- Tingkah laku yang baik
- Seorang yang mesra
- Seorang yang kreatif,
- Seorang yang bercita-cita tinggi,
Akan menunjukkan kekuatan pada diri mereka seperti:
- Aktiviti sukan
- Kemahiran berseni (melukis, berlakon, menyanyi)
- Kemahiran vokasional (mekanik)
Anak tengah mempunyai kesukaran mencari identiti
diri untuk menjadi istimewa pada diri ibu bapa dan boleh menjadi kecewa, serta melihat
diri mereka sebagai tidak disayangi dan diabaikan
4. Anak bongsu
- Akan lebih dimanjakan oleh ahli keluarga dan ibu bapa
- Rasa keperluan untuk mencapai matamat pada setiap masa kerana hanya untuk bersaing dengan adik-beradik lebih tua mereka.
- Sering menjadi kecewa untuk bersaing dengan saudara-saudara mereka
- Anak bongsu cenderung untuk mengalami perasaan yang kuat rasa rendah diri.
- Sering menjadi cabaran kepada adik beradik yang lain,
- Seorang yang lemah lembut dan kadangkala seorang yang tegas
- Seorang yang mudah bersosial
- Seorang yang inovatif.
- Sering mempunyai perbezaan pandangan dan perbezaan perasaan dengan anak sulung
5. Anak tunggal
Cuba untuk mendapatkan pencapaian seperti anak
sulung dan biasanya menikmati kelebihan dengan menjadi pusat perhatian seperti
anak bongsu.
- Sering dimanjakan
- Hanya menumpukan kepada keperluan mereka sendiri (bersikap individualistik)
- Boleh mengintegrasikan pencapaian seperti anak sulung
- Mempunyai kemahiran kreativiti seperti anak tengah
- Kanak-kanak ini biasanya matang awal dan belajar untuk bekerjasama dan juga dengan orang dewasa.
***Nota segala data diatas adalah berdasarkan kajian
yang dijlankan oleh Alfred Adler Reseach of Birth Order (1870-1937)
Alfred Adler
No comments:
Post a Comment
Kami Sedia Menerima Teguran & Pandangan